Friday, November 21, 2014

Jus Katak Dipercaya Bisa Tingkatkan Gairah Seks

,

Jus katak untuk kesehatan (Foto:Dailymail)

SEBUAH desa di Peru yang berada di pegunungan Andean mencoba menghindari obat modern. Masyarakat disana sangat mendukung obat-obatan tradisional, untuk mengobati segala macam penyakit. Salah satunya dengan menciptakan jus kesehatan dari katak.

Meskipun tidak ada bukti ilmiah untuk mendukung manfaat obat jus ini, banyak warga lokal yang tinggal di Peru dan Bolivia percaya, bahwa jus tersebut baik untuk kesehatan, termasuk sebagai terapi asma dan bronkitis.

Jus tersebut dibuat dari resep paling populer yang menggunakan katak segar. Prosesnya katak terlebih dahulu dimatikan lalu dikuliti, sebelum dimasukkan ke dalam blender. Sejumlah bahan sehat lainnya, seperti wortel, akar maca, dan madu juga sering ditambahkan dalam campuran jus.

“Jus katak baik untuk anemia, bronkitis, tulang, otak, kelelahan, stres, masalah pernafasan dan juga TBC, " klaim salah satu penjaja jus, Maria Elena Cruz, seperti dikutip Dailymail, Kamis (20/11/2014).

Salah satu pelanggan yang paling setia adalah Cecilia Cahuana. “Saya selalu datang ke sini untuk minum jus katak, karena itu baik untuk anak-anak, mengobati anemia, bronkitis, dan juga untuk orang-orang yang lebih tua," katanya.

Sayangnya, menu jus populer tersebut hanya menggunakan katak dari spesies culeus Telmatobius, katak air dari danau dari daerah terpencil Titicaca, yang terdaftar sebagai spesies terancam punah oleh International Union for Conservation of Nature.

Dr. Tomy Villanueva, dekan dari Medical College, di Kota Lima, mengatakan bahwa belum ada bukti ilmiah yang menyatakan bahwa jus katak ini adalah obat untuk berbagai penyakit, meskipun popularitasnya terus membudaya di masyarakat Andes. 
 
Read more →

Saturday, October 11, 2014

Nyeri!!! 6 Batang Besi Tercucuk di Leher

,

Xiangyang: Seorang pekerja nyaris maut selepas enam batang besi tertusuk menembusi lehernya.

Xie Mo yang dijangka pulih sepenuhnya terselamat kerana besi itu tidak mengena saluran darah utama atau tenggoroknya.

Kejadian berlaku ketika Xie Mo bekerja membina jambatan di Xiangyang di wilayah Hubei, timur China minggu lalu.

Xie Mo berada di atas jambatan itu apabila mesin yang digunakan untuk meluruskan besi di depannya tidak berfungsi.

Dia tidak sempat mengelak apabila besi itu melayang dan menusuk bahagian kanan lehernya.

“Leher saya tiba-tiba kebas sebelum saya rebah. Mujur saya tidak jatuh terus ke tanah,” katanya.

Dia dikejarkan ke hospital sambil memegang besi itu bagi mengelak ia bergerak.

Doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong sebahagian besi itu, lima daripadanya lebih satu meter.

Xie Mo kemudian menjalani pembedahan untuk membuang baki besi itu dan dijangka pulih dalam masa beberapa minggu lagi. - Agensi


www.kakigempaq.blogspot.com
Read more →

Saturday, September 20, 2014

Gempaq!!! Anak Lembu Berwajah Manusia

,
 
MUKA anak lembu yang dikatakan seperti manusia.
Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.

“Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.

“Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.

Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.

Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.

“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi


www.beritagempaq.blogspot.com
Read more →

Wednesday, August 27, 2014

Tidur Sebantal Dengan Ular

,
Jakarta: Kebiasaan seorang budak lelaki yang hanya mahu ditemani ular ketika tidur mengejutkan ramai orang dan menjadikan rumah mereka di Malimongan, Makassar tumpuan ramai.

Bagi Dhiaz Ahmad Zidan, 2, teman paling disenangi untuk melelapkan mata ialah ular sawa seberat 40 kilogram yang dilayannya seperti patung mainan.

Selain itu, ada 28 ular lain yang menjadi haiwan peliharaan ibu bapanya, Fatimah, 36, dan Yudhi Pramono, 38.

Pada ketika lain Dhiaz menjadikan ular berkenaan sebagai peneman untuk bermain-main.

Kata Yudhi, setiap kali Dhiaz mahu tidur budak itu akan gelisah jika tiada ular menjadi peneman.

“Hanya selepas dia puas bermain dengan ular, barulah haiwan itu saya simpan di dalam sangkar,” katanya.

Jika tidak dilayan begitu, kata Yudhi, Dhiaz akan menangis.

Katanya, kebiasaan tidur ditemani ular mula terjadi sejak Dhiaz berusia 2 bulan.
“Kebiasaan itu menyebabkan jiran tetangga takut atau geli,” katanya.

Selain ular sawa Yudhi dan Fatimah turut membela beberapa ular jenis lain termasuk yang berbisa.

‘Teman’ paling akrab Dhiaz ialah ular sawa sepanjang 4.25 meter yang berusia 14 tahun.

Yudhi menjadikan ular ditemuinya di beberapa daerah di Indonesia sebagai koleksi.

Kata Yudhi hobi membela ular itu diwarisi daripada neneknya.

“Bagi kami, ular ini seperti sebahagian daripada keluarga,” katanya.- Agensi


www.informasisemasa.blogspot.com
Read more →

Friday, August 8, 2014

Topeng Disebalik McDonald’s Malaysia Terbongkar!!!

,


 Topeng Disebalik McDonald’s Malaysia Terbongkar!!!
Minggu lepas McDonald’s Malaysia naik berang kerana ada blogger mendedahkan senarai pemegang saham mereka. Maklumat beli dari SSM pun kecoh nak melenting.
Kini mereka tidak boleh berselindung lagi kononnya mereka syarikat Malaysia kerana kesemua pemilik saham adalah entiti asing.
Entiti 1 & 2 memang sah-sah McDonald’s Corp dan McDonald’s APMEA LLC. Tengok nama pun dah tahu anak-beranak. Tapi siapa pula yang nombor 3 tu? 
Siapa Makan Holdings Pte Ltd?
Nama macam Melayu tapi register di Singapura. Melayu Singapore punyakah? Atau Cina Singapore?
Apa susah-susah menujum dan berteka-teki, tanya sahajalah SSM Singapura a.k.a ACRA. Bayar $5.50 terus dapat company profile.

Wow!!!
Hanya ada satu pemegang saham dan pemiliknya adalah McDonald’s Restaurant Operations Inc!
Makan Holdings Pte Ltd McDonald’s Restaurant Operations Inc!

 So??? Confirm keuntungan akan disumbangkan kepada ISRAEL....


Sumber: Duitisrael
Read more →

Thursday, July 24, 2014

Kereta Audi Milik Fizo Omar Terbabit dalam Kemalangan

,

Kota Bharu: Seorang wanita berusia 31 tahun parah di kepala selepas tersepit akibat kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk kereta milik pelakon Fizo Omar di Kilometer 69.7 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai, jam 1.15 petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, kereta jenis Audi milik Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar remuk di bahagian depan akibat kemalangan tersebut.

Kemalangan itu membabitkan ibu, adik dan pembantu peribadinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu adik Fizo, Wan Normimi Adila, 19, dari arah Kuala Krai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar daripada simpang, sebelum bertembung dengan sebuah van, dan kereta jenis Proton Iswara dipandu Lim Lee Lin, 31.

Katanya, akibat pertembungan itu, Proton Iswara dipandu Lim berpusing dan berlanggar dengan Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah belakang.

"Lim parah di kepala dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, manakala pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


www.memegempaq.blogspot.com
Read more →

Tuesday, July 15, 2014

KETUMBUHAN Di Kaki Paling BESAR

,

Beijing: Pakar bedah berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai paling besar di dunia dari kaki seorang lelaki selepas ia membesar sehingga mencapai berat 110 kilogram.

Yang Jianbin, 37, dari wilayah Shanxi dilahirkan dengan tanda lahir yang berwarna gelap pada bahagian kanan belakang badannya. Ketika Yang berusia sembilan tahun, tanda lahir itu dikatakan mula membesar.

Apabila dia berusia 12 tahun, tanda lahir itu menjadi sebesar “penumbuk” dan dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Bagaimanapun, ia membesar semula sehingga 110 kilogram.

Ketua jurubedah Chen Mingliang berkata Yang menderita penyakit Neurofibromatosis, masalah kecelaruan genetik yang menjejaskan pembesaran secara normal dan perkembangan sel tisu.

“Kami biasa melihat pesakit neurofibromatosis, tetapi yang ini paling besar pernah kami lihat,” katanya.

Disebabkan ketumbuhan itu begitu besar, Yang terpaksa menghabiskan masa di atas katil setiap hari.

Sebelum pembedahan di lakukan, dia diberikan dua katil untuk menampung ketumbuhan selebar 1.2 meter itu, mewakili dua pertiga dari berat badannya.

Sembilan doktor mengambil masa 16 jam untuk membuang ketumbuhan gergasi itu.

Ketika dibedah, Yang menerima 5,000 mililiter darah, melebihi kandungan darah pada tubuh orang dewasa.

Kesihatan Yang dilaporkan semakin pulih dan dia dijangka keluar dari hospital hujung bulan ini.

Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mempunyai ketumbuhan sebesar buah tembikai dan dijadual menjalani pembedahan sedikit masa lagi. - Agensi


www.memegempaq.blogspot.com
Read more →

Thursday, July 3, 2014

KISAH MISTERI PENGANTIN MENINGGAL 3 JAM SEBELUM MAJLIS BERSANDING

,


KUALA LUMPUR - Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.

Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian tersebut.

Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.

Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.





"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.

"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.

"Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.

"Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri," katanya. -UTUSAN MALAYSIA 


www.beritagempaq.blogspot.com
Read more →

Monday, June 23, 2014

EKSLUSIF Kisah Benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah

,
Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah

~~~~~~~
Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda..

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu,

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook....

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...
~~~~~
Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.
~~~~~
Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.


Walahualam.


Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

Kredit: (Facebook Kamal Zawari Ghazali Asamkipas )
Read more →

Wednesday, June 11, 2014

Senarai Bihun dan Bebola Daging Yang Menjijikan

,



Jika tadi kita melihat gambar2 memproses bihun yang sangat menjijikkan disini, kali neh kita tengok pula proses membuat bebola daging. Ianya juga sangat menjijikkan. Lokasi gambar neh diambil ialah di Klang.

Bezanya kat sini, kita tatau jenama apa pula yang dorang gunakan untuk pasarkan bebola daging neh di pasaraya-pasaraya tempatan.

Pemerhatian aku, gambar2 ini diambil pada tahun 2006 dan mula tersebar sejak dari 2010 lagi. Mungkin untuk memberikan peringatan kepada pengguna agar berhati-hati la dalam membeli bebola ikan, daging ataupun apa yang berjenama sebarangan. 




Satu lagi. Kalau korang perhatikan dalam gambar2 kat bawah neh, bukan hanya bebola daging aje yang dorang buat, keropok pun ada.

1.Kilang Bihun Beras Indah (KBBI) syarikat cina dimana sebelum ini telah ditarik lesen perniagaannya pada 2007 kerana beroperasi tanpa logo halal jakim serta beroperasi didalam kandang babi dimana berita ini telah keluar di buletin utama TV3. Tempat itu juga telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya kerana kilang ini hanya untuk mengaut keuntungan terus-terusan dengan beroperasi secara tidak halal, kotor dan jijik. KBBI akhirnya ditutup selama 2 tahun dan kini telah pandai pandai beroperasi semula dengan menggunakan nama syarikat yang baru iaitu daripada KBBI ditukar kepada KBB Resources. 

2.Pemilik kilang bihun KKB Resources ini sebenarnya adalah pemilik yang sama bagi menternak babi. Mungkin tidak menjadi kesalahan jika ada lesen untuk menternak babi, cuma yang menjadi kesalahan adalah pemilik cina menggunakan kilang yang sama untuk membuat bihun dan menternak babi dalam masa yang sama.



3.Dan kandang ternak babi serta kilang bihun ini berkongsi saluran yang sama iaitu seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan. Penduduk di sekitar telah mengadu tentang pencemaran bau yang busuk dan tidak menyenangkan dimana jarak antara kilang babi/bihun dengan kawasan penduduk adalah sejauh 2 KM tetapi bau masih juga sampai tusuk ke hidung penduduk dikawasan tersebut. Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Ada beberapa orang penduduk kawasan telah terjejas kesihatannya kerana setiap hari menghidu bau busuk dari kilang babi/bihun ini. 

4.Kini syarikat KBBI yang lama telah ditutup dan menukar lokasi kilang dengan menggunakan nama syarikat baru iaitu KBB Resources kini beroperasi seperti biasa dengan menggunakan jenama bihun yang sama. Antara nama syarikat bihun yang didaftarkan tetapi adalah pemilik yang sama adalah:

-KBB Resources Berhad
-Kilang Bihun Bersatu Sdn Bhd
-Kilang Bihun Bersatu (East Malaysia) Sdn Bhd
-Kilang Bihun Bersatu Beras Indah Sdn Bhd
-Bersatu Noodles Industries Sdn
-Twenty-Twenty Food Industry Sdn Bhd
-Rasayang Food Industries Sdn Bhd


5.Kesemua pemegang saham cina ini sangat pandai kerana telah appointed chairman Melayu untuk menipu bahawa syarikat ini milik Melayu. Chairman yang dibayar ini adalah Dato’ Sri Dr. Erwan Bin Dato’ Haji Mohd Tahir yang memegang jawatan Chairman sebagai stakeholder, tetapi dia tidak memegang apa apa peratus pemegang saham yakni shareholder di syarikat itu. Pemegang saham majoriti yang menguasai syarikat ini adalah cina iaitu:

-Chin Seak Huat
-Loh Choon Khiang
-See Toh Kean Yaw
-Khor Wooi Lip
*sumber rujukan dibawah

6.Antara jenama bihun dari syarikat KBB Resources ini adalah:
-Bihun Jati
-Bihun Cik Siti
-Bihun Silat
-Bihun Masjid
-Bihun Fatima
-Bihun Rumah Melayu 
-Bihun Bersatu Melayu
-Bihun Kampung
-Bihun Kampung Halus
-Bihun Kampung Brownrice
-Bihun Kampung Twenty Twenty
-Bihun Laksa Kampung Kasar
-Bihun Kapal Layar
-Bihun Penang Laksa
-Bihun Ecobrown 
-Bihun Serama Mas
-Bihun Serama
-Bihun Eka
-Bihun Eka cap Laksa Beras
-Bihun Eka cap Laksa Bihun
-Bihun Eka cap Bersatu Rumah Melayu 
-Bihun Eka cap Rumah Melayu 
-Bihun Eka cap Beehon Eknomi 
-Bihun Eka cap Burung Layang Layang
-Bihun Eka cap Naga Dua 
-Bihun Eka cap Beras Layang Layang
-Bihun Eka cap Masjid
-Bihun Eka cap AAA
-Bihun Eka cap Beehon
-Bihun Eka cap Fatima 
-Bihun Eka cap Bihun Wangi 
-Laksa Kampung Kasar
-Laksa Kampung Halus 
-Laksa Silat Kasar
-Laksa Silat Halus 

Sebagai gantian belilah bihun Melayu:

Sokong Bihun Melayu Jati Bumiputera Islam: 
2.HPA


Read more →

Monday, June 9, 2014

PENIPUAN MENGGUNAKAN TELEFON

,
 
PENIPUAN MENGGUNAKAN TELEFON

SCAM ALERT:
Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan panggilan telefon oleh mana-mana individu yang mendakwa diri pegawai kerajaan atau swasta (pegawai polis polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank) memaklumkan anda terlibat dengan kegiatan haram, memenangi ‘Lucky Draw’dan sebagainya serta mengarahkan anda supaya memindahkan wang daripada akaun persendirian ke akaun yang tidak diketahui. Modus operandi yang sering digunakan:

Kes pertama
 
1. Mangsa terima panggilan telefon mengatakan telah menang ‘Lucky Draw’ bernilai jutaan dollar dari Syarikat Hong Kong /Macau (amaun ini sebagai tarikan kepada mangsa).

2. Sindiket memberikan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya mangsa ingin menuntut hadiah yang ditawarkan. Setelah bersetuju, mangsa dikehendaki membayar cukai dan insurans dengan cara memasukkan wang ke akaun yang diberikan oleh sindiket.

3. Setelah wang di “bank-in”, suspek gagal dihubungi dan wang hadiah yang dijanjikan tidak diterima.

Kes kedua
 
1. Mangsa menerima pangilan telefon dari seorang yang mengaku sebagai pegawai mahkamah/ Polis Bukit Aman memberitahu mangsa terlibat di dalam kegiatan haram seperti ah long, kongsi gelap dan pengedaran dadah. 

2. Mangsa dikehendaki memindahkan semua wang yang ada di dalam akaun mangsa ke dalam akaun yang diberikan oleh pihak sindiket bagi mengelakkan akaun mangsa disita oleh pihak berkuasa.
 
 
Read more →

Monday, June 2, 2014

Nenek Berumur 113 Tahun Telah Melangsungkan Perkahwinan

,
AZATIHAN dan Aimti.
Xinjiang: Seorang wanita berusia 113 tahun, Azatihan Sawuti semalam melangsungkan perkahwinan dengan lelaki berusia 70 tahun, Aimti Ahemti di wilayah Bachu, Xinjiang, selepas berkenalan enam bulan lalu.

Menurut laporan, Azatihan sebelum ini pernah menolak lamaran Aimti kerana merasakan dirinya terlalu tua. 

Aimti ketika ditemui wartawan selepas majlis perkahwinan itu berkata, dia tidak mempedulikan faktor usia.

“Saya yakin kami akan bahagia bersama. Saya tidak peduli sama ada dia lebih tua daripada saya. Dia menjaga saya dengan baik dan sanggup berkongsi makanan dengan saya sebelum ini.” - Agensi
Read more →

Sunday, May 11, 2014

Bom Dipasang Dalam Mayat

,
 
Samarra (Iraq): Penemuan mayat seorang anggota polis yang menjadi mangsa culik semalam rupa-rupanya bukan membawa kelegaan kepada waris, sebaliknya menyebabkan kematian lain.

Apabila mayat itu ditemui, saudara-mara polis itu segera mengambilnya untuk diuruskan.

Tanpa disedari di dalam mayat berkenaan sudah dipasang dengan sebutir bom yang kemudian meletup, membunuh bapa dan adik mangsa.

Sumber polis berkata, polis terbabit diculik dari sebuah kampung berhampiran Sharqat, barat laut Baghdad kelmarin.

“Seorang lagi saudara kandung polis itu cedera akibat letupan berkenaan,” katanya.

Militan di Iraq biasanya melancarkan serangan menggunakan bahan letupan yang disembunyi dalam kereta atau ditanam berhampiran jalan utama.

Bagaimanapun, ada kalanya bahan letupan diletakkan pada mayat atau haiwan seperti keldai.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebutir bom meletup dalam kereta di utara Baghdad mengakibatkan dua maut dan lapan lagi cedera.

Keganasan berlaku ketika pegawai pilihan raya masih menghitung hasil undian pilihan raya pada 30 April lalu yang turut melihat pelbagai kejadian pertumpahan darah.

Keganasan di Afghanistan didakwa turut dipengaruhi faktor luar seperti perang saudara di Syria.

Menurut sumber perubatan dan keselamatan, 3,100 orang dilaporkan terbunuh tahun ini.-AFP
Read more →

Thursday, May 8, 2014

Mayat Bayi di Tangki Tandas - Peringatan Buat IbuBapa Bukan Menunding Jari Tetapi Perlu Muhasabah Diri

,

Mayat bayi di klinik kesihatan Butterworth.

Setiap hari kita disuakan dengan kes buang bayi, samada tersiar maupun tidak dalam akhbar. Peringatan untuk para ibu bapa. Ini bukan masa menuding jari, ini masa kita semua muhasabah diri. Perbincangan kami dengan doktor pakar sakit puan menampakkan situasi yang menakutkan. Salah satu kes pelajar sekolah yang mendapatkan rawatan dikatakan membiarkan teman lelakinya melempar bayinya yang masih hidup ke sungai.

Ini berita yang baru admin terima. Pada jam lebih kurang 9.10 am polis telah terima panggilan telefon dari doktor pegawai perubatan klinik kesihatan Butterworth memberitahu telah jumpa mayat bayi di dalam "flush" tandas dalam klinik tersebut. Bayi tersebut ditemui oleh 1 perempuan Melayu iaitu orang awam yang pergi dapatkan rawatan.

Hasil siasatan dapati bayi tersebut telah ditemui oleh orang awam yang datang untuk dapatkan rawatan. Bayi ditemui selepas dapati 'flush' tersebut tiada air dan selepas penutup flush dibuka telah nampak badan bayi dalam keadaan duduk dan terus beritahu staff klinik.

Bayi tersebut adalah bayi lelaki dijangkakan dalam lingkungan umur 7 bulan dan berat 1.7 kg. Tali pusat telah dipotong. Pegawai perubatan menjangkakan bayi telah dilahirkan dalam tempoh 1 hari. Bayi telah dibawa ke hospital seberang jaya untuk Post Mortem.

Tindakan pegawai penyiasat seterusnya,

1. Rakam percakapan saksi-saksi.
2. Pemeriksaan CCTV dan senarai daftar pesakit dan pelawat di klinik berkenaan yg mendapatkan rawatan.
3. Hantar mayat ke HSJ untuk bedah siasat, kenalpasti sebab kematian dan kumpul sampel DNA.
4. Kesan dan tangkap emak kepada mayat bayi tersebut.

Siasataan diteruskan dan seorang pelajar sekolah tingkatan 4, berbangsa Melayu, berumur 16 tahun telah ditangkap di sebuah kampung di Butterworth Pulau Pinang pd jam 1430 hrs oleh team D9 IPD KEPALA BATAS.

Pengakuan suspek:


Saspek telah mengaku melahirkan bayi lelaki di dalam tandas perempuan Klinik Kesihatan Butterworth pada 6/5/2014 jam lebih kurang 0900am dan telah menyembunyikannya di dalam tangki air tandas.

Disebabkan panik saspek telah bertindak demikian. Saspek akan di bawa ke hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

*** BERITA TAMAT - IDENTITI TIDAK DIDEDAHKAN ***


Hasil kajian kami sejak sedekad lalu, tanda-tanda anak kita sudah siap untuk dizina, samada secara sukarela atau paksa boleh dikenal seawal umur 8-9 tahun, darjah 2-3. Kita ibu bapa yang perlu meneliti dan cekap untuk mengenal cara pemakaian, pergaulan, bahasa tubuh dan sebagainya. Kita wajib bertegas menghududkannya dari peringkat rumah lagi. Pihak sekolah, rakan taulan dan masyarakat perlu saling membantu.

Zina kini sudah bermula seawal 8-9 tahun. Banyak juga perogolan dalam rumah berlaku seawal 5 tahun. Paling banyak bermula 10-12 tahun, sebahagiannya sempat hamil, namun kebanyakkan kehamilan berlaku pada mereka yang berusia 14 tahun ke atas. Hari ini kebanyakan kes telah diketahui oleh ibu bapa.

Banyak sekali pihak yang melakukan pengguguran bayi secara haram. Ada yang membayar sebahagian kos sahaja asalkan sanggup ditiduri sepuasnya oleh pihak tertentu. Akhbar baru ini mendedahkan, adanya anak-anak yang dihantar oleh ibu bapa sendiri untuk pengguguran haram berkali kali. Ironinya, beberapa anak gadis dari keluarga yang sama boleh menggugurkan berkali-kali di klinik yang sama.

Di hospital kerajaan, pelbagai alasan dibuat oleh mangsa dan ibu bapa untuk menutup malu atau mengelak dari tindakan undang undang apabila menghantar anak untuk mendapatkan rawatan. Ada yang kata jatuh tangga, dipukul seseorang dan sebagainya untuk mem’benarkan’ alasan pendarahan. Ini fakta dari pihak hospital yang harus kita ibu bapa ambil tahu.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJI’UN.

Ajakan muhasabah dan ISLAH
Warga Prihatin.

Read more →

Thursday, May 1, 2014

Brunei Haram 19 Perkataan Untuk Bukan Islam

,
 
BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Kerajaan Brunei mengharamkan penggunaan 19 perkataan, termasuk ALLAH dan masjid, oleh orang bukan Islam di negara itu.

Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini di bawah Kod Penal Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah azan, baitullah, al-Quran, fatwa, firman ALLAH, hadis, haji, hukum syarak, Ilahi, kaabah, kalimah syahadat, kiblat, imam, mufti, mukmin, solat dan wali.

Pegawai Undang-Undang Syariah Kanan Unit Undang-Undang Islam Hardifadhillah Mohd Salleh berkata, Kod Penal Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam, termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak di tempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

“Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin dan yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi,” katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan/atau penjara setahun.

“Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun,” katanya.
 
 
Read more →

Tuesday, April 22, 2014

LGBT Boikot Sultan Brunei Kerana HUDUD

,
 
BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) memboikot sebuah hotel bagi membantah dasar anti-gay selepas pemiliknya, Sultan Brunei akan memulakan hukuman rejam bagi pengamal homoseksual.

Sebelum ini, Brunei yang merancang melaksanakan hukuman hudud turut menghukum pesalah dengan cara sama bagi kesalahan jenayah termasuk liwat dan zina.

Difahamkan daripada laporan Daily Mail, buat masa ini, pengamal homoseksual hanya dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagaimanapun memberi amaran, bahawa kod baru hukuman di Brunei itu melanggar hak asasi manusia antarabangsa.
 
Sumber -Sinarharian
Read more →

Wednesday, April 16, 2014

Karpal Singh Maut dalam Kemalangan!!! [GAMBAR dan VIDEO]

,
Menurut sumber berita kami, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh telah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez. Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Alphard tersebut mengalami kerosakan teruk. Dilaporkan terdapat 4 orang penumpang di dalam kereta. Dua meninggal dunia ditempat kejadian termasuk Karpal dan 2 mangsa lagi cedera parah. Dipercayai meninggal dunia adalah YB Karpal Singh (pengerusi DAP dan MP Gelugor) dan Michael Cornandez. Bomba sedang menyelamatkan ditempat kejadian.

Sementara itu, YB Shamsul Iskandar Mat Akin mengesahkan kematian Karpal Singh antara ahli politik paling lama di negara ini yang masih berkhidmat.

Lagi Video.....
 
Lagi gambar....






Read more →

Tuesday, April 1, 2014

Lelaki Biarkan Kemaluannya Dimakan Dubuk

,
 
Lusaka, Zambia: Seorang lelaki kini tiada kemaluan dan tiga jari kakinya selepas dimakan dubuk apabila seorang bomoh memberitahu dia boleh kaya jika kehilangan anggota badan.

Chamangeni Zulu dari Malawi dimasukkan ke Hospital Besar Chipata di Zambia yang terletak berhampiran sempadan Malawi selepas dia membiarkan dubuk itu memakan kemaluannya.

Katanya, seorang bomoh menjanjikan kekayaan jika dia ‘mengorbankan’ anggota badannya.

“Saya juga menemui beberapa orang yang giat dalam perniagaan yang juga memberitahu perkara sama,” katanya kepada akhbar Times of Zambia.

Sehubungan itu, katanya, dia memasuki kawasan semak sekitar jam 4 pagi Isnin lalu.

“Saya diarahkan berbogel. Seekor dubuk datang dan mula makan jari kaki saya sebelum turut memakan kemaluan saya,” katanya.

Menurutnya, bomoh itu tidak memberikan arahan jelas, malah dia juga tidak sangka akan kehilangan anggota badan berkenaan sepenuhnya jika bersetuju melakukannya.

Namun Zulu tidak putus harapan dan masih mengimpi untuk jadi kaya.

“Walaupun kehilangan anggota badan yang penting, saya tetap ingin kaya,” katanya yang bekerja di Zambia sejak empat bulan lalu.

Menurut jurucakap Hospital Chipata, keadaannya stabil selepas dibawa untuk rawatan oleh anggota polis.

Sebelum ini pada 2012, hanya 80 kilometer dari tempat kejadian, seorang lelaki turut diserang dubuk ketika keluar membuang air di tandas yang terletak di luar rumahnya. - Agensi
Read more →

Monday, March 31, 2014

Pocong di Tengah Jambatan Kedua Pulau Pinang?

,


BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.


Read more →

Saturday, March 29, 2014

Tikus Gergasi Dalam Rumah

,

Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.

Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.

Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.

Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.

Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.


“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-Korsås

Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.

Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur.

Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.

Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.

“Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya.- Agensi
Read more →

Thursday, March 6, 2014

DENGGI: SYAMSUL SEMAKIN TENAT DI HOSPITAL, ALAMI TEKANAN DARAH RENDAH

,
 
 
KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 30 tahun semakin teruk apabila mengalami tekanan darah yang rendah.

Pengarah filem "KL Gangster" itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 2 Mac lalu kerana menghidap demam denggi.

Menurut bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam, anaknya itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu mengalami demam yang berpanjangan.

Tambahnya jika kesihatan Syamsul masih tidak berubah, dengan izin doktor anaknya akan dibawa keluar dari hospital untuk majlis pernikahannya.

Bagaimanapun, Syamsul akan dimasukkan ke wad semula selepas majlis selesai.

Majlis pernikahan Syamsul dan pelakon Puteri Sarah Liyana akan diadakan di Masjid Sri Damansara, Petaling Jaya, pada pukul 10 pagi, Sabtu ini. - Astro Awani
Read more →

Sunday, March 2, 2014

Doktor Beri Racun Pada Bayi

,
Oleh NORUL AWATIF ROMLI

 

Alor Setar: “Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.

Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.


Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit. 
 
 
Read more →


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!