Friday, February 21, 2014

Sepanjang Hidup Hanya Minum Susu

,
 
 
WANITA berumur 25 tahun dari India ini tidak pernah mengambil sebarang jenis makanan sepanjang hidupnya.

Menurut Manju Dharra dari Sonipat berhampiran New Delhi, dia hanya bergantung hidup dengan minum 5 liter susu sehari atau mengambil dadih sejak kecil.

Keluarganya membawa Manju menjalani pelbagai rawatan untuk mengubah diet peliknya, namun gagal.

Memetik laporan DailyMail, bapanya, Ramkanwar Dharra berkata, masalah kewangan yang dihadapi keluarganya menyebabkan beliau tidak mampu untuk membawa Manju berjumpa pakar atau melakukan pembedahan.

Difahamkan, wanita tersebut menghidapi achalasia, sejenis penyakit yang akan menyebabkan individu muntah jika mengambil sebarang makanan pejal.

Masalah tersebut berlaku kerana saluran kerongkong tidak terbuka untuk membolehkan makanan masuk ke dalam perut.
Read more →

Thursday, February 20, 2014

Sosej Dari Najis Bayi

,
MADRID - SEPANYOL. Sekumpulan penyelidik Sepanyol yakin sumber probiotik dari najis bayi merupakan bakteria sihat untuk badan.

Ketua penyelidik dari Institut Catalonia Makanan dan Penyelidikan Pertanian Girona, Anna Jofré berkata, bakteria probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium banyak terdapat di dalam sosej dan sebahagian daripada teknik pembuatan paperoni dan salami yang memerlukan kaedah penapaian bakteria.

“Kami mengambil sampel najis 43 bayi sehingga berumur enam bulan. Najis itu digunakan untuk membuat sosej dipanggil ‘fuet’ atau ‘chorizo’” katanya.

Beliau berkata, keputusan daripada kajian itu, kumpulan penyelidik dapat menghasilkan sosej berkualiti tinggi dengan kandungan probiotik terbaik.

“Kami makan dan rasanya lebih enak berbanding sosej biasa,” katanya laporan dipetik dari DailyMail.
Read more →

WOW Ulat Hidup Dalam Telinga

,
 
 
Taipei: Masalah sakit telinga teruk yang dialami seorang wanita berjaya diatasi selepas doktor mengeluarkan ulat dari telinganya.

Wanita berusia 48 tahun yang dirahsiakan identitinya itu membuat pemeriksaan di hospital selepas 24 jam mengalami kesakitan yang teruk.

Doktor di Hospital Tri-Service, Taipei mengeluarkan alat bantuan pendengaran di telinga kiri wanita berkenaan dan mendapati saluran telinga wanita itu dipenuhi lapisan darah beku.

Selepas pemeriksaan lanjut dijalankan, mereka menemui kepompong ulat di sekitar saluran telinganya dan doktor percaya ia sudah berada di situ sekurang-kurangnya satu hari.

Dr Cheng-Ping Shih memberitahu media, telinga wanita berkenaan kurang peka setelah lama menggunakan alat bantuan pendengaran.

Katanya, alat itu juga menjadikan saluran telinganya panas dan ia menjadi tempat pembiakan sesuai untuk ulat berkenaan.

Laporan yang diambil daripada New England Journal of Medicine sebagai rujukan kes itu menyatakan ulat itu menghakis kulit pada pangkal saluran telinga berdekatan gegendang.

Doktor berjaya mengeluarkan ulat itu dan mengelakkan ia bergerak lebih dalam.

Kesakitan yang dialami wanita itu hilang serta merta selepas ulat itu dikeluarkan dan dua minggu selepas rawatan, luka di dalam telinganya pulih sepenuhnya.

Doktor percaya ulat itu berpunca daripada lalat di persekitaran rumah wanita berkenaan.

“Kebanyakan kes serangga memasuki saluran telinga datang dari serangga yang terbang dan lipas,” kata Doktor Cheng ketika ditemui.

Kes ini bukanlah yang pertama seumpamanya.

Sebelum ini, seorang wanita warga Britain, Rochelle Harris yang mengalami sakit telinga yang teruk terkejut apabila doktor mengesan lapan ulat besar membiak di dalam telinganya. - Agensi
Read more →

Wednesday, February 19, 2014

Anjing ‘makan’ kepala anak

,


London: “Anjing itu makan kepala anak saya!”

Itulah jeritan seorang ibu di Britain yang melihat anaknya yang berusia enam hari mati dibaham anjing.


Kejadian itu berlaku tiga hari selepas Sharon John, 42, membawa Eliza-Mae Mullane yang baru dilahirkan pulang dari hospital.

Bayi yang berada di bawah rawatan rapi selepas dilahirkan menjadi mangsa terbaru dalam kes serangan anjing terhadap kanak-kanak di Britain.


Polis merampas anjing baka Alaskan Malamute peliharaan keluarga berkenaan selepas kejadian di Pontyberem, Camarthenshire itu.


Jiran keluarga berkenaan, Patricia Punter berkata Sharon berlari ke rumahnya dan menjerit, “Saya tak tahu apa nak buat.

“Ia sangat dahsyat, Saya tidak pernah mendengar jeritan seperti itu,” kata Patricia.

“Sharon tergamam dan terus menjerit “anjing itu makan kepala anak saya.”
“Dia menyalahkan saya atas kejadian itu - Bayi itu sudah mati, hanya tuhan yang tahu apa yang berlaku ketika itu,” katanya ketika ditemui.

Anjing dalam lingkungan lima atau enam tahun yang dinamakan Nisha itu dibawa pulang dari sebuah kelab malam oleh Sharon dan suaminya Patric Mullane, 35.

Eliza-Mae disahkan meninggal dunia di hospital.

Jurucakap polis berkata, mereka tidak boleh memberitahu punca kematian itu. Ibu bapa mangsa belum disoal siasat dan kejadian itu disifatkan sebagai kemalangan tragik.

Kejadian yang menimpa Eliza-Mae itu berlaku lebih kurang seminggu selepas Ava-Jayne Corless berusia 11 bulan mati dibaham anjing keluarganya sewaktu tidur.

Presiden kelab baka anjing Alaskan Malamute United Kingdom, Keith Givens berkata, “Saya membabitkan diri dengan baka ini lebih 20 tahun dan tidak pernah mendengar kejadian seperti ini berlaku.” - Agensi
Read more →

Tuesday, February 18, 2014

Lidah Melekat Pada Tiang Besi

,

Massachusetts: Seorang pelajar sekolah menengah di Easthampton mengalami saat menyeksakan apabila lidahnya melekat pada tiang besi sekolah.

Pelajar yang dirahsiakan identitinya itu cuba meniru aksi dalam filem “A Christmas Story” terbitan 1983 dengan meletakkan lidahnya pada tiang besi yang sejuk.

Hasilnya sama seperti babak filem berkenaan, lidahnya melekat dan tidak dapat ditanggalkan dari tiang itu tanpa bantuan.

Pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil ke sekolah untuk membantu pelajar malang terbabit berjaya melepaskannya dengan mencurahkan air panas pada tiang dan lidah pelajar berkenaan.

Guru sekolah mengelilingi pelajar berkenaan sewaktu operasi menyelamat dijalankan. Selepas memastikan pelajar berkenaan dalam keadaan baik, pihak perubatan menghubungi ibunya untuk memaklumkan keadaan yang berlaku sebelum pelajar itu dibenar kembali ke kelas.

Ketua Jabatan Bomba Easthampton, David A Mottor berkata itu adalah kes kedua seumpamanya sepanjang 20 tahun dia berkhidmat.

Kes itu juga bukan yang pertama tahun ini.

Baru-baru ini seorang kanak-kanak cuba menjilat tiang bendera, turut mengalami nasib serupa.
Lidah Maddie Gilmartin, 12, dari East Kingston melekat pada tiang itu selepas menjilatnya.

Walaupun dia berjaya dilepaskan dengan bantuan air panas tetapi memberitahu media bibirnya terasa kebas seperti disengat lebah. - Agensi
Read more →

Sunday, February 16, 2014

Mati Kerana Telefon Bimbit Meletup

,
 
INFO PENTING !

Seorang budak meninggal dunia kerana menerima panggilan saat telefon bimbitnya sedang dicaj. Waktu itu telefon bimbitnya bergetar hebat tiba-tiba dan kemudian tangan dan pipinya terbakar.

Jadi, tolong jangan menjawab panggilan atau memanggil ketika telefon sedang dicaj, kerana radiasi waktu bateri dicaj naik hingga menjadi 1000 kali lebih kuat. Hal ini boleh terjadi pada setiap jenis telefon bimbit d luar sana.

Tolong sebarkan info ini kepada rakan-rakan yang lain, supaya kita lebih waspada.
Read more →

Saturday, February 15, 2014

2 Wanita Di Belasah Hingga Parah Kerana Mengejek Seorang Lelaki

,

Dipetik dari mirror.co.uk. Kejadian ini bermula dari seorang lelaki bernama Ryan Walker 19 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Apabila sampai di berdekatan rumahnya, seseorang wanita menghimpitnya kemudian mengejek Ryan bahawa wajahnya mirip dengan Harry Potter. Memang Ryan memakai cermin mata dan mempunyai rambut pendek mirip seperti watak harry potter tersebut.

Ryan secara spontan terasa emosinya dengan melemparkan bungkusan susu cair kepada gadis itu. Kemudian kembali ke rumahnya dengan membawa pisau potong sayur, ketika mengetahui Emma dan Leah mengikutinya. Akhirnya Ryan melibas pisau ke wajah Leah hingga mengeluarkan darah. Ryan tidak berhentikan serangannya begitu saja. Dia menyerang Emma hingga jatuh ke tanah dan menendang ke tubuh Emma.

Ryan mengaku merasa bersalah telah menyerang gadis-gadis tersebut setelah Ryan diangkut ke pejabat polis. Selama ini Ryan merasa bahawa dirinya adalah seorang mangsa buli di sekolahnya dan sering dinilai pengecut. Menurutnya gadis-gadis itu mungkin mereka telah bersikap kasar. Tetapi kes Ryan ini tidak boleh diterima, kerana merupakan tindakan dengan kes yang dirancang. Ryan akhirnya ditetapkan hukuman penjara empat tahun setengah .
Read more →

Wednesday, February 12, 2014

Restoran Hidang Daging Manusia Diserbu, Dua Kepala Masih Segar Ditemui

,
 
Abuja: Polis menahan 11 orang termasuk pemilik sebuah restoran dalam satu serbuan terhadap premis makanan yang menyajikan hidangan daging manusia.

Dalam serbuan itu, polis menemui dua kepala manusia yang masih segar di restoran yang terletak di Anambra.

Jasad dan kepala ditemui berbungkus seperti daging haiwan biasa dan polis menyatakan hidangan kepala manusia panggang juga terdapat dalam menu restoran terbabit.

Dua senapang jenis AK-47, senjata lain, ratusan peluru dan telefon bimbit turut ditemui.

“Kami selalu melihat orang yang mencurigakan keluar dan masuk restoran ini,” kata seorang penduduk tempatan.

Seorang paderi yang terkejut apabila mengetahui dia dihidangkan dengan sajian daging manusia membuat laporan polis.

“Saya makan di restoran itu dan mendapati bilnya terlalu tinggi. Kemudian pelayan kedai memberitahu harga itu adalah untuk sajian daging manusia yang saya makan. Saya sangat terkejut,” katanya. -Agensi
Read more →

Monday, February 3, 2014

Dibakar Ketika Susukan Anak

,
 
Dibakar Ketika Susukan Anak - New Delhi : Seorang ibu muda dibakar hingga mati bersama bayinya oleh suami dan keluarga lelaki itu kerana gagal membayar hantaran perkahwinan.


Polis di negeri Jharkhand di timur India berkata, Annu Devi, 22, dibakar hidup-hidup ketika menyusukan bayi perempuannya.

Polis menahan suaminya, Gunjan Masat yang didakwa menyimbah minyak tanah ke tubuh Devi dan bayi perempuan mereka sebelum membakar kedua-dua beranak itu. Menurut bapa Devi, Raghuni Rana pasangan itu berkahwin lebih setahun tetapi masalah timbul selepas Devi melahirkan bayinya.

“Mereka mahukan anak lelaki tetapi tidak menyedari yang mendapat anak perempuan bukan salah Devi.

“Mereka mula menyeksa anak saya dan saya tidak menyangka mereka sanggup membunuhnya.

‘Mereka ada menuntut motosikal dan televisyen walaupun saya sudah memberikan mereka dua bighas (1.6 ekar) tanah sebagai hantaran perkahwinan,” katanya. Bagi menutupi kematian Devi dan agar kelihatan seolah-olah seperti kemalangan, Gunjan meletakkan tubuhnya berhampiran pendiang api, selain turut meletakkan bekas air berhampiran tempat itu.

Seorang penduduk melihat Devi dan bayi perempuannya terbaring di halaman rumah mentuanya.

Dia masih bernyawa ketika itu walaupun tubuhnya melecur 90 peratus. Dua beranak itu kemudian dikejarkan ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Abang ipar Devi yang didakwa turut terbabit dalam pembunuhan itu masih diburu polis. Superintendan polis di daerah itu, Nirmal Kumar Mishra berkata, semua tertuduh akan ditahan dan didakwa.

Hantaran perkahwinan menjadi alasan utama mengapa bayi lelaki lebih digemari berbanding dengan bayi perempuan dalam budaya India. Ribuan janin digugurkan setiap tahun selepas ujian ultra bunyi menunjukkan jantina janin berkenaan.

Wanita juga dibunuh berikutan isu hantaran perkahwinan setiap jam di India, menurut data dikeluarkan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan negara itu. “Seramai 8,233 wanita muda, kebanyakan pengantin baru dibunuh dalam isu ‘kematian hantaran perkahwinan’ pada 2012,” lapor biro itu tahun lalu. – Agensi
Read more →


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!