Thursday, July 24, 2014

Kereta Audi Milik Fizo Omar Terbabit dalam Kemalangan

,

Kota Bharu: Seorang wanita berusia 31 tahun parah di kepala selepas tersepit akibat kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk kereta milik pelakon Fizo Omar di Kilometer 69.7 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai, jam 1.15 petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, kereta jenis Audi milik Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar remuk di bahagian depan akibat kemalangan tersebut.

Kemalangan itu membabitkan ibu, adik dan pembantu peribadinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu adik Fizo, Wan Normimi Adila, 19, dari arah Kuala Krai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar daripada simpang, sebelum bertembung dengan sebuah van, dan kereta jenis Proton Iswara dipandu Lim Lee Lin, 31.

Katanya, akibat pertembungan itu, Proton Iswara dipandu Lim berpusing dan berlanggar dengan Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah belakang.

"Lim parah di kepala dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, manakala pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


www.memegempaq.blogspot.com
Read more →

Tuesday, July 15, 2014

KETUMBUHAN Di Kaki Paling BESAR

,

Beijing: Pakar bedah berjaya membuang ketumbuhan yang dipercayai paling besar di dunia dari kaki seorang lelaki selepas ia membesar sehingga mencapai berat 110 kilogram.

Yang Jianbin, 37, dari wilayah Shanxi dilahirkan dengan tanda lahir yang berwarna gelap pada bahagian kanan belakang badannya. Ketika Yang berusia sembilan tahun, tanda lahir itu dikatakan mula membesar.

Apabila dia berusia 12 tahun, tanda lahir itu menjadi sebesar “penumbuk” dan dia menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Bagaimanapun, ia membesar semula sehingga 110 kilogram.

Ketua jurubedah Chen Mingliang berkata Yang menderita penyakit Neurofibromatosis, masalah kecelaruan genetik yang menjejaskan pembesaran secara normal dan perkembangan sel tisu.

“Kami biasa melihat pesakit neurofibromatosis, tetapi yang ini paling besar pernah kami lihat,” katanya.

Disebabkan ketumbuhan itu begitu besar, Yang terpaksa menghabiskan masa di atas katil setiap hari.

Sebelum pembedahan di lakukan, dia diberikan dua katil untuk menampung ketumbuhan selebar 1.2 meter itu, mewakili dua pertiga dari berat badannya.

Sembilan doktor mengambil masa 16 jam untuk membuang ketumbuhan gergasi itu.

Ketika dibedah, Yang menerima 5,000 mililiter darah, melebihi kandungan darah pada tubuh orang dewasa.

Kesihatan Yang dilaporkan semakin pulih dan dia dijangka keluar dari hospital hujung bulan ini.

Sementara itu, seorang kanak-kanak dilaporkan mempunyai ketumbuhan sebesar buah tembikai dan dijadual menjalani pembedahan sedikit masa lagi. - Agensi


www.memegempaq.blogspot.com
Read more →

Thursday, July 3, 2014

KISAH MISTERI PENGANTIN MENINGGAL 3 JAM SEBELUM MAJLIS BERSANDING

,


KUALA LUMPUR - Hasrat dua keluarga untuk melihat anak masing-masing bersanding di atas pelamin, tidak kesampaian apabila pengantin perempuan meninggal dunia, tiga jam sebelum majlis itu berlangsung di Dewan Yayasan Felda di Kelana Jaya, dekat sini hari ini.

Junaida Jamaludin, 29, yang baru diijabkabulkan dengan pasangannya, Muhammad Danial Zainal Abidin, 30, malam tadi, ditemui tidak bernyawa oleh ahli keluarganya di bilik rumah mereka di Petaling Jaya, kira-kira pukul 8.30 pagi.

Lebih menyedihkan, kematian Junaida hanya diketahui ketika ahli keluarga lain sedang sibuk melakukan persiapan terakhir majlis persandingan yang dijangka bermula pada pukul 11.30 pagi dengan jemputan seramai 900 orang.

Pengantin difahamkan tidak mempunyai sebarang penyakit kritikal, walau bagaimanapun pemeriksaan perubatan mendapati kematiannya dipercayai berkaitan dengan masalah saluran urat di kepala.

Sebahagian daripada tetamu yang dijemput turut terpinga-pinga sebaik sahaja sampai di dewan berkenaan yang 'suram', sebelum mengetahui berita kematian tersebut.

Abang Junaida, Kamarul Affendy, 38, berkata, segala persiapan telah siap sepenuhnya dan mereka sekeluarga hanya menunggu persandingan kedua-dua mempelai disempurnakan sahaja.

Namun katanya, takdir telah mendahului mereka apabila adik bongsu daripada empat beradik itu telah pulang ke rahmatullah sebelum sempat menunaikan tanggungjawab sebagai isteri.





"Kami semua tidak sabar untuk meraikan pasangan pengantin baharu itu kerana ini majlis kedua dalam keluarga kami. Semua benda telah pun siap dan kami hanya menunggu untuk melihat arwah dan pasangannya berarak dan bersanding di pelamin yang dihias indah.

"Namun semua perancangan kami tinggal impian semata-mata kerana adik telah meninggal dunia sebelum majlis itu sempat bermula. Majlis itu kami jadikan sebagai kenduri arwah sahaja," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menceritakan kejadian itu, Kamarul Affendy memberitahu, Junaida gagal dihubungi ahli keluarga yang lain ketika mereka sekeluarga mahu ke dewan untuk persiapan terakhir.

"Kami semua sepatutnya berada di dewan itu pada pukul 9 pagi dan ada ahli keluarga yang lain cuba menghubungi adik namun panggilan tidak berjawab.

"Kami kemudian ke biliknya dan kami sangka dia tidur kerana terlalu letih ekoran majlis malam tadi, namun semuanya berubah apabila menemukan dia tidak sedarkan diri," katanya. -UTUSAN MALAYSIA 


www.beritagempaq.blogspot.com
Read more →


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!