Friday, February 19, 2016

Perogol Bangladesh Dibelasah - Setapak

,



KUALA LUMPUR – Nafsu seks buas seorang lelaki Bangladesh yang tergamak merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mengundang padah apabila dia cedera dibelasah oleh orang ramai di sebuah kafe siber di Rampai Business Park di Taman Sri Rampai, Setapak di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam, suspek tanpa dokumen pe­ngenalan diri berusia 30 tahun itu me­ngalami kecederaan di kepala, hidung dan paha selepas diserang bertubi-tubi oleh kira-kira 10 lelaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, terdahulu, mangsa yang berusia 13 tahun dikatakan berada di kafe siber itu bagi menemani bapanya yang ingin bermain permainan video di situ.

Menurut beliau, mangsa kemudian pergi ke tandas di dalam kafe siber seorang diri namun dikatakan semasa mangsa berjalan ke arah tandas, dia te­lah dipanggil oleh suspek untuk masuk ke dalam tandas tersebut.

Katanya, bapa mangsa yang me­nyedari anaknya tidak muncul-muncul semula selepas pergi ke tandas mula mencari remaja tersebut di kafe siber berkenaan.

“Bapa mangsa kemudian mengesyaki anaknya berada di dalam tandas lalu mengetuk pintu tandas di kafe siber itu sebelum mendapati seorang lelaki Bangladesh telah merogol anak perempuannya di dalam tandas yang diketuk,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Zainuddin memberitahu, penemuan itu mencetuskan kemarahan bapa mang­sa yang bertindak memukul lelaki Bangladesh itu dan di­ikuti oleh pelanggan lain yang berada di dalam kafe siber tersebut.



- Kosmo
Comments
0 Comments

0 comments to “Perogol Bangladesh Dibelasah - Setapak”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!