Friday, February 19, 2016

Kerajaan China Bina Senjata di Laut Chian Selatan

,


BEIJING – China mengesahkan telah menempatkan beberapa senjata di sebuah pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, lapor media rasminya semalam.

Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan menyatakan, China telah menghantar beberapa peluru berpandu ke Pulau Woody yang merupakan sebahagian daripada gugusan Paracel susulan laporan rangkaian televisyen Fox News bahawa senjata berkenaan telah tiba di pulau tersebut minggu lalu.

Beijing menuntut hak ke atas keseluruhan gugusan Paracel, manakala Hanoi dan Taipei mempunyai tuntutan bertindih. China merampas beberapa pulau di selatan Vietnam dalam pertempuran berdarah yang singkat pada penghujung Peperangan Viet­nam.

Kementerian Pertahanan China mengesahkan ‘China te­lah lama menghantar beberapa senjata ke pulau tersebut’, lapor akhbar The Global Times yang mempunyai hubungan rapat dengan Parti Komunis. Laporan itu bagaimanapun tidak memperincikan jenis senjata terbabit.

Akhbar itu memetik kenya­taan pejabat berita Kementerian Pertahanan China sebagai berkata, beberapa laporan terbaharu mengenai penghantaran senjata itu merupakan contoh media Barat mengulang nada sama mengenai ‘ancaman China’.

“China mempunyai hak perundangan dan keadilan untuk menghantar peralatan pertahanan dalam sempadan wilayahnya sendiri,” jelas laporan tersebut.

Ketegangan di perairan yang menjadi laluan satu pertiga bekalan minyak dunia itu telah me­ningkat sejak beberapa bulan lalu selepas China mengubah suai kawasan terumbu karang kepulauan Spratly menjadi pulau buatan manusia sehingga mampu menempatkan peralatan ketenteraan.

Washington menganggap tindakan Beijing mengancam laluan bebas di satu kawasan sangat penting secara strategik dan AS telah menghantar beberapa buah kapal perang ke kawasan pertikaian terbabit untuk menegaskan pentingnya kebebasan berlayar. – AFP
Comments
0 Comments

0 comments to “Kerajaan China Bina Senjata di Laut Chian Selatan”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!