Thursday, July 24, 2014

Kereta Audi Milik Fizo Omar Terbabit dalam Kemalangan

,

Kota Bharu: Seorang wanita berusia 31 tahun parah di kepala selepas tersepit akibat kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk kereta milik pelakon Fizo Omar di Kilometer 69.7 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai, jam 1.15 petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.15 petang itu, kereta jenis Audi milik Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar remuk di bahagian depan akibat kemalangan tersebut.

Kemalangan itu membabitkan ibu, adik dan pembantu peribadinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu adik Fizo, Wan Normimi Adila, 19, dari arah Kuala Krai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar daripada simpang, sebelum bertembung dengan sebuah van, dan kereta jenis Proton Iswara dipandu Lim Lee Lin, 31.

Katanya, akibat pertembungan itu, Proton Iswara dipandu Lim berpusing dan berlanggar dengan Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah belakang.

"Lim parah di kepala dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, manakala pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.


www.memegempaq.blogspot.com
Comments
0 Comments

0 comments to “Kereta Audi Milik Fizo Omar Terbabit dalam Kemalangan”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!