Thursday, May 8, 2014

Mayat Bayi di Tangki Tandas - Peringatan Buat IbuBapa Bukan Menunding Jari Tetapi Perlu Muhasabah Diri

,

Mayat bayi di klinik kesihatan Butterworth.

Setiap hari kita disuakan dengan kes buang bayi, samada tersiar maupun tidak dalam akhbar. Peringatan untuk para ibu bapa. Ini bukan masa menuding jari, ini masa kita semua muhasabah diri. Perbincangan kami dengan doktor pakar sakit puan menampakkan situasi yang menakutkan. Salah satu kes pelajar sekolah yang mendapatkan rawatan dikatakan membiarkan teman lelakinya melempar bayinya yang masih hidup ke sungai.

Ini berita yang baru admin terima. Pada jam lebih kurang 9.10 am polis telah terima panggilan telefon dari doktor pegawai perubatan klinik kesihatan Butterworth memberitahu telah jumpa mayat bayi di dalam "flush" tandas dalam klinik tersebut. Bayi tersebut ditemui oleh 1 perempuan Melayu iaitu orang awam yang pergi dapatkan rawatan.

Hasil siasatan dapati bayi tersebut telah ditemui oleh orang awam yang datang untuk dapatkan rawatan. Bayi ditemui selepas dapati 'flush' tersebut tiada air dan selepas penutup flush dibuka telah nampak badan bayi dalam keadaan duduk dan terus beritahu staff klinik.

Bayi tersebut adalah bayi lelaki dijangkakan dalam lingkungan umur 7 bulan dan berat 1.7 kg. Tali pusat telah dipotong. Pegawai perubatan menjangkakan bayi telah dilahirkan dalam tempoh 1 hari. Bayi telah dibawa ke hospital seberang jaya untuk Post Mortem.

Tindakan pegawai penyiasat seterusnya,

1. Rakam percakapan saksi-saksi.
2. Pemeriksaan CCTV dan senarai daftar pesakit dan pelawat di klinik berkenaan yg mendapatkan rawatan.
3. Hantar mayat ke HSJ untuk bedah siasat, kenalpasti sebab kematian dan kumpul sampel DNA.
4. Kesan dan tangkap emak kepada mayat bayi tersebut.

Siasataan diteruskan dan seorang pelajar sekolah tingkatan 4, berbangsa Melayu, berumur 16 tahun telah ditangkap di sebuah kampung di Butterworth Pulau Pinang pd jam 1430 hrs oleh team D9 IPD KEPALA BATAS.

Pengakuan suspek:


Saspek telah mengaku melahirkan bayi lelaki di dalam tandas perempuan Klinik Kesihatan Butterworth pada 6/5/2014 jam lebih kurang 0900am dan telah menyembunyikannya di dalam tangki air tandas.

Disebabkan panik saspek telah bertindak demikian. Saspek akan di bawa ke hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

*** BERITA TAMAT - IDENTITI TIDAK DIDEDAHKAN ***


Hasil kajian kami sejak sedekad lalu, tanda-tanda anak kita sudah siap untuk dizina, samada secara sukarela atau paksa boleh dikenal seawal umur 8-9 tahun, darjah 2-3. Kita ibu bapa yang perlu meneliti dan cekap untuk mengenal cara pemakaian, pergaulan, bahasa tubuh dan sebagainya. Kita wajib bertegas menghududkannya dari peringkat rumah lagi. Pihak sekolah, rakan taulan dan masyarakat perlu saling membantu.

Zina kini sudah bermula seawal 8-9 tahun. Banyak juga perogolan dalam rumah berlaku seawal 5 tahun. Paling banyak bermula 10-12 tahun, sebahagiannya sempat hamil, namun kebanyakkan kehamilan berlaku pada mereka yang berusia 14 tahun ke atas. Hari ini kebanyakan kes telah diketahui oleh ibu bapa.

Banyak sekali pihak yang melakukan pengguguran bayi secara haram. Ada yang membayar sebahagian kos sahaja asalkan sanggup ditiduri sepuasnya oleh pihak tertentu. Akhbar baru ini mendedahkan, adanya anak-anak yang dihantar oleh ibu bapa sendiri untuk pengguguran haram berkali kali. Ironinya, beberapa anak gadis dari keluarga yang sama boleh menggugurkan berkali-kali di klinik yang sama.

Di hospital kerajaan, pelbagai alasan dibuat oleh mangsa dan ibu bapa untuk menutup malu atau mengelak dari tindakan undang undang apabila menghantar anak untuk mendapatkan rawatan. Ada yang kata jatuh tangga, dipukul seseorang dan sebagainya untuk mem’benarkan’ alasan pendarahan. Ini fakta dari pihak hospital yang harus kita ibu bapa ambil tahu.

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROOJI’UN.

Ajakan muhasabah dan ISLAH
Warga Prihatin.

Comments
0 Comments

0 comments to “Mayat Bayi di Tangki Tandas - Peringatan Buat IbuBapa Bukan Menunding Jari Tetapi Perlu Muhasabah Diri”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!