Thursday, January 16, 2014

50 Pelajar (SMK) Tanjung Puteri Resort DiRASUK dengan JERITAN Silih Berganti

,
Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: “Sebaik tiba di rumah, anak saya enggan masuk. Dia berbaring dekat pintu pagar lebih setengah jam,” kata Mohd Noor Siron Abdul Kadir, 46, bapa seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort di sini, yang diserang histeria, semalam.

Anak Mohd Noor, Noryana, 17, antara 50 pelajar perempuan sekolah itu yang diserang histeria kira-kira jam 7 pagi, menyebabkan pengurusan sekolah terpaksa menamatkan sesi persekolahan dan mengarahkan kira-kira 1,000 pelajar pulang bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang guru wanita melihat satu ‘lembaga hitam’ berhampiran satu blok sekolah.

Selepas guru itu beredar dari situ, dia terkejut apabila ternampak lebih banyak lembaga hitam di kawasan kantin sekolah, namun dia berjaya mengawal diri dan tidak mengalami sebarang masalah.

Bagaimanapun, beberapa pelajar perempuan mula menjerit dan meronta-ronta tidak lama kemudian, bermula dengan 10 orang dipercayai akibat dirasuk makhluk halus.
Sumber 

Oleh Nur Syazwana Mansor

Pendang: Pembelajaran sesi petang bagi pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, di sini, gempar apabila mereka dikejutkan dengan kejadian histeria membabitkan lebih 10 pelajar tingkatan dua selain beberapa guru sekolah berkenaan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, semua pelajar berada dalam kelas masing-masing seperti biasa.

Menurut sumber, seorang pelajar perempuan tingkatan dua tiba-tiba menjerit menyebabkan rakan perempuan sekelas yang lain bertindak mengerumuninya untuk melihat dan mengetahui punca mangsa menjerit.

“Namun keadaan menjadi semakin buruk apabila hampir semua pelajar perempuan dari kelas sama terkena histeria dan keadaan menjadi tidak terkawal apabila satu persatu pelajar perempuan mula menunjukkan tingkah laku luar biasa.Menurut sumber, seorang pelajar perempuan tingkatan dua tiba-tiba menjerit menyebabkan rakan perempuan sekelas yang lain bertindak mengerumuninya untuk melihat dan mengetahui punca mangsa menjerit.

“Namun keadaan menjadi semakin buruk apabila hampir semua pelajar perempuan dari kelas sama terkena histeria dan keadaan menjadi tidak terkawal apabila satu persatu pelajar perempuan mula menunjukkan tingkah laku luar biasa.

“Pelajar terbabit menjerit seolah-olah dirasuk menyebabkan pelajar dari kelas lain terkejut dengan kejadian itu,” katanya di sini, semalam.
 
Comments
0 Comments

0 comments to “50 Pelajar (SMK) Tanjung Puteri Resort DiRASUK dengan JERITAN Silih Berganti”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!