Thursday, January 16, 2014

Ibu tak sangka lahir bayi 5.1kg

,
 
KUALA KRAI – "Syukur Alhamdulillah, saya dimaklumkan anak dalam kandungan sekitar 3.5 hingga 3.9 kilogram (kg), sebab tu berani bersalin normal, tapi agak terkejut doktor beritahu bayi saya seberat 5.1 kg,” kata Siti Maisarah

Siti Maisarah, 32, yang selamat melahirkan anak kedua secara normal di Hospital Kuala Krai, walaupun saiz bayinya agak besar.

Bayi lelaki dilahirkan Siti Maisarah kira-kira jam 12.47 tengah hari 12 Januari lalu menarik perhatian orang ramai kerana agak besar berbanding bayi yang pernah dilahirkan di hospital ini.

Bayi yang belum diberikan nama itu bukan setakat menarik perhatian orang ramai tetapi juga doktor dan juga jururawat di hospital berkenaan memandangkan mereka jarang menemui bayi sebesar anak Siti Maisarah dan suami, Mohamad Khairul Anuar Abd Aziz, 31.

Bagi Siti Maisarah, dia gembira tidak mengalami sebarang masalah sepanjang mengandungkan dan melahirkan anak keduanya.
 
Comments
0 Comments

0 comments to “Ibu tak sangka lahir bayi 5.1kg”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!