Tuesday, November 5, 2013

Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Hambanya

,

Perkenalan yang singkat.. itulah yang hanya mampu ku katakan.
Aku yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun perit untuk menanggungnya. Namun, aku kena redha dan yakin dengan ketentuan Allah. Kini, segalanya tinggal kenangan.. Biarpun pahit untuk ku terima, namun bagiku.. yang pergi takkan kembali lagi... yang masih hidup, perlu berjuang hingga mati..
________________________________________________________________________________
Hakim merupakan seorang pelajar di sebuah Universiti tempatan. Beliau merupakan seorang yang baik dan soleh. Beliau sangat kuat beribadah dan seorang yang komited dengan dakwahnya. Beliau disenangi oleh ramai sahabatnya kerana sifat peramahnya dan sifat istiqamahnya. Beliau mempunyai seorang sahabat baik, apa sahaja yang berlaku kepada hakim, beliau selalu berkongsi dengan sahabat baiknya. Bak kata pepatah "Bagaikan isi dan kuku". Tidak boleh dipisahkan. Mereka telah membesar bersama sejak dibangku sekolah lagi sehinggalah mereka menyambung pelajaran mereka ke sebuah Universiti yang sama. Nama sahabat baik beliau ialah Syafiq. Mereka belajar di sebuah Universiti yang sama. Suka dan duka, pasti mereka berkongsi bersama.
Qurratu 'Aini. Seorang pelajar dalam bidang perubatan di sebuah Universiti di Kaherah, Mesir. beliau merupakan sepupu kepada Syafiq dan beliau merupakan seorang wanita yang sangat baik dan seorang wanita yang solehah. Beliau juga komited dengan dakwahnya. Teringat satu kata-kata beliau "Manusia perlu berani untuk berjuang dan berjihad di jalan Allah, manusia yang berjuang tidak takut untuk menanggung risiko, jadilah diri sendiri, yang penting mendapat redha Illahi". Beliau sangat hebat dan terkenal dikalangan sahabat-sahabtnya di Mesir. Ramai lelaki yang berkenan dengan beliau. Tapi beliau menolaknya dengan alasan mahu focus dengan study dan dakwahnya.
____________________________________________________________
Hakim meneruskan kehidupannya seperti biasa, kehidupannya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah. (Ibadah: setiap perkara yang dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan untuk mendapatkan keredhaan Allah). "Malamnya bagai rahib merintih sayu, dihiris dosa air mata. Siangnya bagai singa di rimba, memerah keringat mencurah tenaga". Beliau terlalu disenangi oleh semua orang, samada lelaki muda, kanak-kanak, orang tua, malah ada juga wanita yang sangat "respect" dengan beliau. Pernah satu ketika, beliau dilamar oleh seorang wanita. namun, beliau menolaknya dengan alasan tidak mahu focusnya terhadap study dan dakwah terganggu kerana beliau masih muda.
Di suatu ketika, Mas'ul Hakim iaitu Ustaz Kassim bertemu dengan beliau untuk membincangkan tentang satu topik yang jarang diambil berat oleh Hakim iaitu "Baitul Muslim". Rupanya Ustaz Kassim mahu Hakim mendirikan rumah tangga, kerana ia merupakan salah satu tingkatan dalam amal (Maratib Amal). Mungkin kerana Ustaz Kassim tahu Hakim selalu diganggu dan diminati oleh wanita-wanita di universitinya dan Ustaz Kassim risau jika Hakim terjebak dengan perkara yang tak diingini dan dakwahnya terganggu.
____________________________________________________________
Hari berganti hari, Hakim berfikir dan terus berfikir. Beliau menghubungi Syafiq untuk berkongsi masalah ini. Mereka berjanji untuk bertemu di cafe. 
Mereka bertemu setelah tamat kelas. Hakim mula menceritakan masalahnya kepada Syafiq. Syafiq memahami, beliau cuba menenangkan Hakim yang tidak tenang. Hakim dalam dilemma. beliau serba salah. mungkin kerana Hakim masih belum bersedia, jadi beliau tidak tahu bagaimana untuk menunaikan hasrat Ustaz Kassim. Syafiq kata "insyaAllah akhi, ana akan cuba bantu anta apa yang termampu, buat masa sekarang, bersabarlah, banyakkan berdoa, mohonlah petunjuk daripada Allah"
Hakim terus-menerus berdoa kepada Allah, beliau minta agar Allah memberi petunjuk dan ketenangan dalam hatinya. Beliau tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Beliau berharap agar beliau akan membuat keputusan yang terbaik, kerana "pernikahan" bukanlah sesuatu yang mudah.
____________________________________________________________________
Syafiq cuba untuk membantu Hakim..
suatu hari, ketika sedang syafiq online di "Facebook". Syafiq teringat tentang sepupunya Qurratu 'Aini. Syafiq ingin bertanya khabar sepupunya. Jadi Syafiq mula "Private Message" sepupunya Qurratu 'Aini dan bertanyakan khabar. Tiba-tiba Syafiq teringat tentang Hakim dan pesanan Ustaz Kassim.
Jadi Syafiq cuba untuk bertanya pada Qurratu 'Aini. setelah bertanya, entah kenapa, tiba-tiba Qurratu 'Aini pun jawab "InsyaAllah nanti saya istikharah ye Syafiq dan saya akan memberikan keputusan." Syafiq pun terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh sepupunya. sedangkan, sebelum ini bila ada lelaki yang mahu meminang beliau, beliau terus menolaknya. tapi syafiq sangat bersyukur dengan jawapannya dan berharap agar beliau menerima.
_______________________________________________________
Hakim meneruskan kerjanya seperti biasa, hari-harinya dipenuhi dengan kerja-kerja yang berfaedah. Beliau juga tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan dan diberikan petunjuk.
Ketika Hakim sedang mengulangkaji pelajarannya, tiba-tiba Syafiq datang ke biliknya dan memberitahu tentang Qurratu 'Aini. Syafiq memperkenalkan Qurratu 'Aini kepada sahabat baiknya Hakim. Beliau menceritakan tentang peribadi, perwatakan Qurratu 'Aini. Beliau mencadangkan supaya Hakim pergi cepat meminang Qurratu 'Aini. Mungkin kerana Syafiq risau jika Qurratu 'Aini akan dipinang oleh lelaki lain.
Setelah itu, Hakim pun memulakan istikharah. Beliau mahu Allah berikan yang terbaik untuk beliau. Beliau tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan. Beliau berharap jika benar Qurratu 'Aini adalah jodoh beliau, maka Allah akan dekatkan beliau dengan Qurratu 'Aini.
____________________________________________________________ 
Satu petang, tiba-tiba Syafiq mendapat mesej daripada Qurratu 'Aini sepupunya.
Mesej Qurratu 'Aini :
Assalamualaikum Syafiq,
semoga Allah meredhai Syafiq dan rakan-rakan.
saya nak bagitahu Syafiq yang saya sudah bersedia dipetik.
Kalau Hakim kata dia bersedia, katakan pada dia. saya juga bersedia.
insyaAllah.
Syafiq yang sedang bersama Hakim ketika itu  terus memberitahu tentang mesej yang dihantar oleh Qurratu 'Aini. Hakim begitu terkejut dengan mesej yang diterima oleh Syafiq. Beliau merasakan bahawa Allah hendak menunjukkan sesuatu kepadanya.
Hakim tersenyum, mungkin hati beliau sedang gembira saat itu.
_________________________________________________________
Seminggu berlalu, Hakim kini sudah bersedia. Hakim memberitahu kepada mas'ulnya Ustaz Kassim bahawa dia sudah bersedia untuk meminang Qurratu 'Aini.
Ustaz Kassim begitu bergembira dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim. Hakim merupakan anak buah kesayangannya. Hakim yang begitu mesra dan peramah sangat disenangi oleh sesiapapun.
_______________________________________________________
"Hakim, anta ni kenapa gelabah semacam je? tak pernah ana tengok anta gelabah macam ni" gurau Syafiq kepada Hakim.
"Hehe, anta ni. ini hari yang mendebarkan ni. ana bakal menggalas tanggungjawab yang lebih besar selepas nikah nanti. Tu yang ana risau sangat ni" balas Hakim.
"Sabar lah Hakim, banyakkan berzikir. tenang, ingat Allah, Allah pasti bantu anta" Nasihat Syafiq kepada Hakim.
__________________________________________________________
Mereka tiba di rumah keluarga Qurratu 'Aini. Hakim bersama Ibu dan Ayahnya, Syafiq dan Mas'ulnya Ustaz Kassim. Mereka membawa rombongan kecil sahaja. 
Qurratu 'Aini yang berada di Mesir sedang berdoa agar Allah mempermudahkan urusannya. Beliau yakin dengan apa yang telah beliau katakan. Hatinya tenang, setenang air di laut. Mungkin kerana beliau yakin dengan ketentuan Allah.
Mas'ulnya pun memberitahu kepada ibu dan ayah Qurratu 'Aini tentang hasrat Hakim untuk meminang anak dara mereka iaitu Qurratu 'Aini binti Ahmad Basri. Alhamdulillah, akhirnya ibu dan ayah Qurratu 'Aini bersetuju dengan pinangan tersebut kerana Qurratu 'Aini telah memberitahu mereka tentang itu sebelum rombongan itu tiba. Qurratu 'Aini juga telah bersetuju.
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah. itulah yang hanya Hakim mampu ucapkan. Kini beliau perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih matang dan menjadi lebih baik demi masa depannya berasma Qurratu 'Aini.
____________________________________________________
Seperti biasa, Hakim meneruskan kehidupannya.
Satu hari, Hakim terpanggil untuk menghadiri satu kursus di Singapore. Kursus yang dianjurkan oleh Universiti dan Hakim telah dipanggil untuk menghadiri kursus itu. Kursus yang berlangsung selama seminggu.
Beliau tidak "on" kan telefon bimbitnya kerana beliau tidak berada di Malaysia.
________________________________________________
Hakim sedang berada di Singapore.
Tiba-tiba, Syafiq mendapat berita tentang kemalangan yang melibatkan sepupunya, Qurratu 'Aini. Qurratu 'Aini meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di kepala.
Berita itu sangat mengejutkan Syafiq. Syafiq sungguh sedih dengan berita itu. Malah, apa yang lagi menyedihkan kerana Hakim baru sahaja sebulan bertunang dengan beliau dan kini Hakim berada di Singapore dan tidak tahu apa yang terjadi.
Syafiq cuba untuk menghubungi Hakim, namun Hakim tidak menjawab panggilannya.
Hakim mematikan telefon bimbitnya.
Syafiq hanya tinggalkan mesej kerana beliau tidak tahu apa yang patut beliau lakukan.
___________________________________________
Setelah Hakim pulang daripada Singapore. akhirnya beliau dapat tahu tentang berita kemalangan tersebut. Hakim begitu sedih dengan berita tersebut. Beliau sungguh tidak sangka, seorang wanita yang baru sahaja bertunang dengannya telah pergi buat selama-lamanya.
Hakim tertunduk dan menitiskan air mata lelakinya.. Syafiq cuba menenangkan Hakim yang kelihatan begitu sedih. "Sabarlah Hakim, Allah tahu mana yang terbaik untuk diri kita. Dia telah menetapkan segalanya. Yang pergi tetap akan pergi" nasihat Syafiq kepada Hakim.
Hakim tabah dan redha dengan ketentuan Illahi.
_________________________________________________
"Pertunangan kami telah berakhir... sebulan selepas kami bertunang.. "dia" pergi buat selama-lamanya.."
Apa yang aku mampu, hanyalah berdoa kepada Allah agar beliau tenang di sana dan bersama dengan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..
Allah tahu apa yang terbaik untuk HambaNya.
Perkenalan yang singkat.. itulah yang hanya mampu ku katakan.
Aku yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Biarpun perit untuk menanggungnya. Namun, aku kena redha dan yakin dengan ketentuan Allah. Kini, segalanya tinggal kenangan.. Biarpun pahit untuk ku terima, namun bagiku.. yang pergi takkan kembali lagi... yang masih hidup, perlu berjuang hingga mati..
 _________________________________________________
Tamat.
Cerita benar. Kisah benar.
Diubah suai sedikit.
____________________________________________
Yang telah pergi, mereka takkan kembali. Yang masih hidup, perlu teruskan hidup.
Berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir.
Allah takkan membebani kita dengan suatu yang kita tidak mampu tanggung.
Wallahu a'lam.
Comments
0 Comments

0 comments to “Allah Tahu Apa Yang Terbaik Untuk Hambanya”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!