Sunday, January 19, 2014

PADAH Pasangan Khalwat Kemalangan

,
Sabda Rasulallah saw yang bermaksud:

"Tidak halal bagi seseorang lelaki berkhalwat dengan seseorang wanita yang tidak halal buatnya kecuali ditemani mahram (mahram-orang yang diharamkan nikah/ kahwin dengannya. Maka orang atau pihak ketiga yang ada bersama-sama ketika mereka berdua berkhalwat itu adalah syaitan". (sila rujuk bukuFiqh As-Sunnah oleh Syed Sabiq).

Dr.Yusof Al Qardawi (Fatawa Muasoroh) berkata:

"Selama mana akad kahwin (ijab dan qabul) belum ditunaikan oleh tunang laki dan tunang wanita (belum sah nikah / kahwin mereka mengikut 'uruf -adat, syarak dan undang-undang), maka keadaan masih seperti hukum asal." Iaitu:-

1. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk berkhalwat (berdua-duaan sehingga menimbulkan fitnah) dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.

2. Tidak halal dan haram bagi makhtubah (tunang wanita) untuk bermusafir atau melancong dengan khatibnya (tunang lelaki) KECUALI bersama-sama mahtubah (tunang wanita) itu ada salah seorang mahramnya seperti ayahnya atau abangnya.
 
 
Oleh Arifin Salleh
 

Alor Gajah: Tersentak melihat kehadiran penduduk kampung, sepasang kekasih yang asyik memadu asmara dalam sebuah kereta bertindak nekad mengundurkan kenderaan sejauh kira-kira 200 meter sebelum merempuh tiang dan masuk ke dalam longkang di Jalan Sungai Ragok, Ayer Paabas di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pasangan masing-masing berusia 20 tahun itu memberhentikan kereta Produa Myvi di bahu jalan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut sumber, beberapa penduduk menyedari kereta berkenaan berhenti dan mematikan lampu kesemua lampu hingga menimbulkan kecurigaan.

"Bimbang berlaku sesuatu yang buruk berlaku, beberapa penduduk kampung menaiki kereta dan motosikal menghampiri kenderaan itu untuk menghulurkan bantuan.

“Penduduk mendapati tempat duduk pemandu dan penumpang direbahkan dan melihat pasangan itu leka bergomol dan berpelukan di dalam kereta dengan seluar pasangan terbabit separuh terlondeh.

"Penduduk menghubungi pegawai syarak kariah kampung dan seorang penduduk menyuluh ke dalam kenderaan menyebabkan pasangan yang sedang asyik dibuai asmara itu terkejut.

"Wanita berkenaan menekup mukanya manakala lelaki terbabit mengangkat kepala tanpa menaikkan tempat duduk dan terus menekan pedal minyak menyebabkan kereta bergerak laju secara mengundurkan tanpa menyalakan lampu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, pagi semalam.

Sumber itu berkata, beberapa ketika kemudian kedengaran dentuman kuat kira-kira 200 meter dari tempat kejadian sebelum penduduk kampung mendapati kenderaan dinaiki pasangan kekasih terbabit terperosok di dalam longkang di kiri jalan selepas merempuh tiang telekomunikasi.

"Tiang telekomunikasi berkenaan tercabut dan patah dua manakala kenderaan dinaiki pasangan terbabit remuk di bahagian belakang dan pasangan itu keluar dari kenderaan berkenaan," katanya.

Menurut sumber, pasangan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Negeri Sembilan dan penuntut wanita di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini, memberi alasan tinggal berjauhan dan bertemu untuk bersiar-siar sebelum berhenti di tepi jalan kerana mengantuk dan terlelap di situ.

Menurut Imam (1) Kariah Masjid Bukit Saga, Ayer Paabas Shaari Samah, pasangan terbabit masing-masing berusia 20 tahun ditahan kerana berdua-duaan di dalam kereta di kawasan sunyi dipercayai kedua-duanya dalam keadaan separuh bogel.

"Pasangan terbabit mendakwa tersalah jalan dan terlelap ketika berhenti di tempat kejadian. Selepas diperiksa, mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pernikahan dan dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil keterangan sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, ketika dihubungi hari ini mengesahkan tangkapan khalwat pasangan berkenaan.
 
Comments
0 Comments

0 comments to “PADAH Pasangan Khalwat Kemalangan”

Post a Comment


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!