Friday, February 19, 2016

Perogol Bangladesh Dibelasah - Setapak

,
KUALA LUMPUR – Nafsu seks buas seorang lelaki Bangladesh yang tergamak merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mengundang padah apabila dia cedera dibelasah oleh orang ramai di sebuah kafe siber di Rampai Business Park di Taman Sri Rampai, Setapak di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam, suspek tanpa dokumen pe­ngenalan diri berusia 30 tahun itu me­ngalami kecederaan di kepala, hidung dan paha selepas diserang bertubi-tubi oleh kira-kira 10 lelaki. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, terdahulu,...
Read more →

Kerajaan China Bina Senjata di Laut Chian Selatan

,
BEIJING – China mengesahkan telah menempatkan beberapa senjata di sebuah pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, lapor media rasminya semalam. Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan menyatakan, China telah menghantar beberapa peluru berpandu ke Pulau Woody yang merupakan sebahagian daripada gugusan Paracel susulan laporan rangkaian televisyen Fox News bahawa senjata berkenaan telah tiba di pulau tersebut minggu lalu. Beijing menuntut hak ke atas keseluruhan gugusan Paracel, manakala Hanoi dan Taipei mempunyai tuntutan bertindih. China merampas...
Read more →

Saturday, February 13, 2016

Pisah Kepala Bagi Kembar Siam Sejak Lahir

,
RIYADH – Sepasang kembar Siam di sini yang berkongsi kepala sejak lahir bakal menjalani pembedahan pemisahan dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi. Pasangan adik-beradik itu, Tuqa dan Yakeen Al-Khadr telah bercantum di kepala sejak mereka dilahirkan empat tahun lalu dengan berkongsi tengkorak. Mereka akan dibedah dalam masa terdekat yang dikendalikan pakar-pakar bedah di Hospital Khas Kanak-Kanak Arab Saudi. “Kami telah memohon bantuan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang sebelum ini banyak membantu kanak-kanak kembar...
Read more →

Gajah Mati Kerana Terkejut Bunga Api

,
PATTAYA, Thailand – Seekor gajah terkenal yang menjadi tarikan pelancong asing tiba-tiba rebah sebelum mati Sabtu lalu dipercayai sakit jantung selepas terkejut dengan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru bulan lalu. Gajah dikenali sebagai Samruai itu berusia 50 tahun dan tinggal di Rumah Perlindungan Kebenaran di Pattaya di mana penjaganya mengenakan bayaran untuk pelancong menaiki belakangnya. “Samruai segera diberikan air garam dan antibiotik selepas ia rebah ketika pihak berkuasa merancang memindahkannya ke sebuah pusat rawatan di wilayah...
Read more →


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!