
JAKARTA – Polis sedang menyiasat satu sindiket jual beli organ manusia terutamanya ginjal yang beroperasi di tiga buah hospital termasuk sebuah hospital kerajaan di sini. Menurut media tempatan, polis mengesahkan terdapat sindiket membeli dan menjual ginjal secara haram dikendalikan oleh beberapa orang awam yang menjadi orang tengah dan diuruskan oleh pegawai perubatan di hospital-hospital tertentu. Jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia, Umar Surya Fana dipetik sebagai berkata, setakat ini polis menahan tiga individu bagi membantu...