Friday, February 19, 2016

Perogol Bangladesh Dibelasah - Setapak

,
KUALA LUMPUR – Nafsu seks buas seorang lelaki Bangladesh yang tergamak merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun mengundang padah apabila dia cedera dibelasah oleh orang ramai di sebuah kafe siber di Rampai Business Park di Taman Sri Rampai, Setapak di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam, suspek tanpa dokumen pe­ngenalan diri berusia 30 tahun itu me­ngalami kecederaan di kepala, hidung dan paha selepas diserang bertubi-tubi oleh kira-kira 10 lelaki. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, terdahulu,...
Read more →

Kerajaan China Bina Senjata di Laut Chian Selatan

,
BEIJING – China mengesahkan telah menempatkan beberapa senjata di sebuah pulau yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan, lapor media rasminya semalam. Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan menyatakan, China telah menghantar beberapa peluru berpandu ke Pulau Woody yang merupakan sebahagian daripada gugusan Paracel susulan laporan rangkaian televisyen Fox News bahawa senjata berkenaan telah tiba di pulau tersebut minggu lalu. Beijing menuntut hak ke atas keseluruhan gugusan Paracel, manakala Hanoi dan Taipei mempunyai tuntutan bertindih. China merampas...
Read more →

Saturday, February 13, 2016

Pisah Kepala Bagi Kembar Siam Sejak Lahir

,
RIYADH – Sepasang kembar Siam di sini yang berkongsi kepala sejak lahir bakal menjalani pembedahan pemisahan dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi. Pasangan adik-beradik itu, Tuqa dan Yakeen Al-Khadr telah bercantum di kepala sejak mereka dilahirkan empat tahun lalu dengan berkongsi tengkorak. Mereka akan dibedah dalam masa terdekat yang dikendalikan pakar-pakar bedah di Hospital Khas Kanak-Kanak Arab Saudi. “Kami telah memohon bantuan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang sebelum ini banyak membantu kanak-kanak kembar...
Read more →

Gajah Mati Kerana Terkejut Bunga Api

,
PATTAYA, Thailand – Seekor gajah terkenal yang menjadi tarikan pelancong asing tiba-tiba rebah sebelum mati Sabtu lalu dipercayai sakit jantung selepas terkejut dengan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru bulan lalu. Gajah dikenali sebagai Samruai itu berusia 50 tahun dan tinggal di Rumah Perlindungan Kebenaran di Pattaya di mana penjaganya mengenakan bayaran untuk pelancong menaiki belakangnya. “Samruai segera diberikan air garam dan antibiotik selepas ia rebah ketika pihak berkuasa merancang memindahkannya ke sebuah pusat rawatan di wilayah...
Read more →

Friday, January 29, 2016

Sindiket Jual Ginjal Di Indonesia

,
JAKARTA – Polis sedang menyiasat satu sindiket jual beli organ manusia terutamanya ginjal yang beroperasi di tiga buah hospital termasuk sebuah hospital kerajaan di sini. Menurut media tempatan, polis mengesahkan terdapat sindiket membeli dan menjual ginjal secara haram dikendalikan oleh beberapa orang awam yang menjadi orang tengah dan diuruskan oleh pegawai perubatan di hospital-hospital tertentu. Jurucakap Bahagian Siasatan Jenayah Polis Republik Indonesia, Umar Surya Fana dipetik sebagai berkata, setakat ini polis menahan tiga individu bagi membantu...
Read more →

Thursday, January 28, 2016

Tasik Berwarna Merah Jambu

,
CANBERRA, Australia – Sebuah tasik ganjil kerana berwarna merah jambu kini menjadi salah satu tarikan baharu di negara ini. Tasik yang dikenali sebagai kolam susu strawberi dan terletak di Pulau Tengah, barat Australia itu bukan sahaja menarik tumpuan pelancong, malah turut menjadi sumber pendapatan bagi penduduk tempatan. Sebuah laman web, Hillierlake.com menjelaskan, punca perubahan warna tasik itu masih menjadi misteri. Sehingga kini, beberapa saintis masih melakukan penyelidikan mengenai tasik ganjil berkenaan. “Pasukan saintis mendapati, warna...
Read more →

Wednesday, January 27, 2016

Wanita Dakwa Panjang Umur Kerana Amalan Merokok

,
KATHMANDU, Nepal – Seorang wanita berusia 112 tahun di sini mendakwa dia dapat hidup lama kerana tabiat menghisap sebanyak 30 batang rokok pada setiap hari. Batuli Lamichhane berkata, dia menghisap rokok sejak berusia 17 tahun dan terus mengamalkan tabiat buruk itu hingga ke hari ini. Namun, Lamichhane menasihatkan supaya hanya mengambil rokok tempatan, beedis yang digulung sendiri dan mengelak daripada menghisap rokok komersial yang banyak dijual di pasaran. “Saya tidak kisah mengenai usia saya dan telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu,” kata...
Read more →


1)SILA KLIK BUTTON LIKE DIBAWAH
2)SELEPAS LIKE, KLIK SUPPORT US! UNTUK TERUSKAN...




Powered By IMuslimNetwork
Support Us!